Ahad, 4 September 2016

Kehidupan Seorang Insani Bernama H

            Hari berganti hari dan masa terus berlalu, tatkala umur makin meningkat naluri selorang lelaki untuk berpasangan semakin menebal lalu timbullah istilah untuk mencari seseorang untuk dijadikan seorang isteri.

Halangan Pertama (Kewangan)

Di era yang serba memerlukan fulus (duit) ini saya dan mungkin lelaki diluar sana bekerja keras untuk mencari sedikit rezeki untuk kehidupan dan sedikit untuk perancangan untuk berkahwin. Duit selalu dicari tapi semakin banyak diterima semakin banyak benda yang memerlukan duit yang kadang kala dalam benak selalu berfikir adakah layak untuk aku seorang bujang untuk menjaga anak dara orang hrmmm…


Halangan Kedua (Adat/ Budaya)

Sepanjang kehidupan ini selalu sangat mendengar banyak permasalahan dari segi kos hantaran dan yang terbaru hinggakan bertumbuk di masjid. Saya seorang bujang hanya mampu berhuhuhu sahajalah hingga kekadang fobia dengan kehidupan pada zaman kini yang mementingkan duit yang agak penting juga (berpadalah)


Halangan Ketiga (Pasangan)

Seringkali juga terlihat di media masa tentang perkahwinan yang sederhana yang selalu mendoakan agar dipermudahkan, tapi saya seorang bujang juga tidak dapat menyalah pasangan atau bakal isteri kerana itulah hari bahagianya kan. Tapi biarlah berpada- pada agar tidak membebankan bakal suami kan.


Harapan Seorang Bujang

Aku berharap agar kebahagian menjadi seorang suami juga dapat aku alami sepertimana aku melihat kawan- kawan dalam media massa yang selalu terlihat gambar isteri dan anak- anak yang sedikit sebanyak membakar naluri kelakianku ini untuk berkahwin.


Akhir Kata

Sekiranya aku tidak diberi peluang mengecapi nikmat bertukar dari seorang bujang ke seorang suami aku redha, mungkin tuhan telah membuat perhitungan yang terbaik dalam hidup. Walaubagaimanapun aku akan berusaha percayalah (Insyaalah)